3 Cara Untuk Jadi Seorang Yang Kuat Beramal

Cara Untuk Jadi Seorang Yang Kuat Beramal

3 Cara Untuk Jadi Seorang Yang Kuat Beramal

Alhamdulillah…
Dah sampai hari jumaat. Kejap je masa berlalu…makin hari makin bertambah usia, makin kita menghampiri Yang Maha Esa. Kadang-kadang kita ni bila dah dilimpahi rezeki yang banyak, sering sangat mudah terlupa pada Yang Memberi..

Lupa nak berzakat… Lupa nak bersedekah… Bila badan selalu sihat, mudah juga lupa menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Pencipta.. Sibuk dengan urusan duniawi.. Hinggakan kadang-kadang solat yang wajib pon hanya sempat hujung-hujung waktu…

Sebenarnya saya nak kongsikan sedikit ilmu yang saya petik dari rancangan Al-Hidayah. Tazkirah ini disampaikan oleh Ustaz Muhamad Abdullah. Saya suka cara Ustaz Muhamad berceramah. Sangat bersahaja tapi penuh pengisian, ada diselitkan jenaka agar kita tidak bosan dan senang untuk fokus pada ilmu yang nak disampaikan.

Hari ni Ustaz berkongsi 3 cara penting untuk kita menjadi seorang yang kuat beramal kepada Allah SWT.
  • Niat dengan tekad – Niat yang baik InsyaAllah akan sentiasa dibaiki oleh Allah SWT. Ajarlah anak-anak kita agar sentiasa berniat baik. ←Kita tetapkan niat kita dengan yakin bahawa kita mencuba Shaklee untuk menjadi lebih sihat, niat nak menyusukan anak hingga 2 tahun dll.
  • Kurangkan pilihan dalam hidup – Ini kerana Mati itu datang kepada kita tidak diberi pilihan. Tidak lambat walau sesaat dan tidak juga cepat walau sesaat. Jadi kita sangatlah digalakkan agar TIDAK melengah-lengahkan amalan. ←Kita harus bertindak untuk mengubah hidup kepada yang lebih baik tanpa bertangguh. Janganlah tunggu bila dah sakit, baru nak makan vitamin.
    Janganlah tunggu bila badan dah uzur, baru nak makan vitamin. Sebabnya kita tak tahu bila kita akan sakit dan kita tak tahu bila kita akan dijemput bertemu Allah.
  • Berdoalah agar diberi kekuatan kepada kita untuk beramal dengan istiqamah (konsisten). ←Berdoalah dengan yakin apa yang kita hajati. InsyaAllah, Allah akan makbulkan.Cthnya berdoalah agar dipermudahkan perjalanan penyusuan kita berjalan dengan lancar, berdoalah moga badan kita menjadi lebih sihat dari sebelumnya, berdoalah agar penyakit yang diuji kepada kita itu segera sembuh. InsyaAllah!

Saya petik coretan yang Kak N kongsikan di blog,

#Berdoalah dan yakinlah dengan doa. InsyaALLAH ALLAH tidak menghampakan doa yang
baik untuk sesama mukmin yang didoakan. Doa merupakan senjata orang mukmin. Doa mampu mengubah seseorang dari jahat kepada baik, malah dari baik kepada yang lebih baik, In-sya ALLAH.

#Berdoalah dan jadikannya sebagai amalan. Sebelum keluar rumah, bacalah doa dan niatkan semoga segala urusan hari ini lancar sehingga selamat sampai ke rumah.

# Berdoalah, sebelum melakukan sesuatu mulakan dengan Bismillah dan niatlah semoga segala kerja dipermudahkan.

# Berdoalah, sebelum membuka kedai untuk berniaga mohonlah semoga rezeki diluaskan dan beroleh keuntungan.

#Berdoalah, sebelum keluar rumah ke tempat kerja, mohonlah semoga hasil perahan hari ini lebih baik dari semalam.

#Berdoalah, semoga kita sentiasa dalam perlindungan dan rahmat ALLAH.

#Berdoalah, dan jangan sesekali putus harapan. ALLAH sangat suka kepada hambaNYA yang meminta padaNYA.

Jadikan Doa sebagai amalan harian kita dalam mendekatkan diri kepada ALLAH.

Berdoalah :

Ya ALLAH ya Tuhan Kami,
Jika ada dikalangan kami orang yang sedang sakit,
berikan kesembuhan kepada mereka
Jika ada dikalangan kami orang yang susah,
bantukanlah segala urusan mereka
Jika ada dikalangan kami orang yang bersedih hati,
berikanlah ketenangan dan jalan keluar bagi permasalahan mereka,
Jika ada dikalangan kami orang yang sangat berhajat dengan keperluannya, sampaikanlah hajat dan cukupkanlah keperluannya,
Jika ada dikalangan kami orang yang menderhaka kepadamu Ya ALLAH, isteri yang menderhaka kepada suaminya YA ALLAH,
anak2 yang menderhaka kepada ibu dan ayahnya,
ampunkanlah dan pimpinilah mereka.


Ya ALLAH ya Tuhan Kami,
Susah kami, bantulah Ya ALLAH.
Beban Kami, ringankanlah Ya ALLAH.
Permasalahan kami, berikanlah jalan keluar Ya ALLAH.
Hajat kami, tunaikanlah Ya ALLAH.

Ya ALLAH ya Tuhan Kami,
Dosa kami, ampunkanlah Ya ALLAH
Keaiban kami, tutuplah Ya ALLAH
Keras hati kami, lembutkanlah Ya ALLAH
Hidup kami, bimbingkanlah Ya ALLAH

Ya ALLAH Ya Tuhan Kami,
Keluarga kami, bahagiakanlah Ya ALLAH.
Suami kami, Solehkanlah Ya ALLAH.
Isteri kami, Solehahkanlah Ya ALLAH.
Anak2 kami , soleh dan solehahkanlah Ya ALLAH.
Jika ada antara kalangan mereka yang keras hatinya,
lembutkanlah Ya ALLAH.
Jika ada antara kalangan mereka yang belum mendapat kesempurnaan hidayahMu,
berikanlah hidayahMu kepada mereka Ya ALLAH.
 
Semoga hidup kita lebih diberkati.