Destinasi Percutian Idaman Saya

Alhamdulillah sejak berbiz Shaklee ada rezeki lebih untuk kami bawa anak-anak bercuti tak kira dekat atau jauh. Bercuti-cuti bersama family memang seronok kan? Lebih-lebih lagi bila lihat gelagat anak-anak yang bukan main seronok setiap kali pergi bercuti. Destinasi Percutian Idaman Saya ialah kembali semula tempat menimba ilmu dan pengalaman. OKAYAMA, JAPAN.

Destinasi Percutian Idaman Saya

Alhamdulillah, buat masa ini kami dah berjaya menjejakkan kaki ke seluruh negeri di Malaysia kecuali SARAWAK. Sekarang ini saya masih berada di Miri atas urusan kerja, bukan bercuti-cuti. InsyaAllah dalam masa terdekat saya bercadang untuk bawa suami dan anak-anak terbang ke Sarawak pula. Lihat keunikan negeri Sarawak dengan lebih dekat. 😉

Ok, berbalik kepada destinasi percutian idaman saya, saya pilih Jepun. Dulu, saya dan suami sama-sama belajar 4 tahun di Okayama, Jepun. Kami belajar di universiti yang sama. Entah kenapa perasaan “rindu” untuk kembali ke Jepun terutamanya tempat belajar di Okayama dulu sangat membuak-buak. Kami berdua bercadang untuk membawa kedua-dua anak kami bercuti ke Jepun tahun hadapan.

Destinasi percutian

Okayama University

Okayama University terletak di dalam daerah Okayama-shi.

Okayama-shi ( 岡山 市) merupakan ibu kota Okayama Prefecture di kawasan Chugoku negara Jepun. Bandar ini diasaskan pada 1 Jun, 1889. Bandar ini merupakan tapak Kōraku-en, yang dikenali sebagai salah satu daripada tiga taman-taman tradisional di Jepun, dan Okayama Castle hitam, yang berada di kedudukan antara yang terbaik 100 istana Jepun. Bandar ini terkenal sebagai penetapan yang cerita dongeng Jepun “Momotarō“.

Okayama

Okayama terletak di antara Hiroshima dan Kobe

Percutian impian kami menjelajah bumi Jepun dari utara di Hokkaido hingga ke Okayama di kepulauan Honshu. Dapat kembali ke Okayama ibarat menziarahi ‘kampung’ halaman di Jepun. Banyak kenangan bagaimana kami survive dan belajar hidup berdikari di bumi orang. Pengalaman yang tiada gantinya. Saya, suami dan anak-anak sukakan makanan Jepun. 😉 Antaranya…..

Udon

Bukkake Udon

Sushi

Sushi

Takoyaki

Takoyaki

 

Kami bercadang nak bawa anak-anak ke Tokyo Disneyland.

Nak ke Hokkaido untuk lihat pemandangan cantik seperti ini….

Hokkaido

Hokkaido

Subhanallah cantik dan tenang jiwa kan? Semoga impian kami berdua untuk bawa anak-anak bercuti ke Jepun akan tercapai. InsyAllah. Doakan ye kawan2. 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.