Shaklee Offer

Dua buah Blog BEST Pilihan Saya

2 Blog Best Yang Saya Suke Baca : “Moon punyer blog” & “The Kasihs”

Assalamualaikum dan selamat minum petang kawan2…. Memandangkan hari-hari dah cerita pasal vitamin ajer kan…hari ini saya nak buka topik santai gitu. Saya nak kongsikan dengan kawan-kawan 2 blog best yang saya follow baca dari taun 2012 !!! Haaaa….lama dah kan…dah 2 tahun tau saya follow blog diorang berdua ni.

Saya follow blog ini…..

Moon punyer blog

Semuanya secara kebetulan. Bermula dari kisah Allahyarhamah Norma yang juga isteri kepada adik ipar Moon. Kisah pilu Allahyarhamah Norma yang disahkan mengidap penyakit cancer otak. Setiap hari saya memang ikuti perkembangan Allahyarhamah yang Moon kongsikan di blog setiap masa.

Setiap kali baca memang berjurai-jurai airmata. Benar-benar menyentuh perasaan mengenangkan anak kecil yang dahagakan kasih seorang ibu yang sedang bertarung nyawa. huhuu….

Saya yakin ramai yang mengikuti kisah Allahyarhamah Norma dari blog Moon. Banyak iktibar yang saya ambil. Supaya kita lebih menghargai orang yang kita sayang setiap masa kerana kita tak tau ajal dan maut datang menjemput kita kan.

Semoga roh Allahyarhamah Norma tenang di sana & ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman. Al-fatihah.


Norma telah kembali ke pangkuan Ilahi pada 23 May 2012 
( 2 Rejab ) pada jam 1 am .
Al – Fatihah
Blog BEST

The Kasihs

Blog The Kasihs milik Filla, sahabat kepada Moon. Selain turut sama berkongsi kisah Allahyarham Norma suatu ketika dulu, saya suka baca kisah beliau seorang ibu kepada 3 orang puteri yang comel lote & bisneswoman yang berjaya !

best blog

The Kasihs Shawl

Tidak kira apa jua bidang yang kita ceburi…. Nak berjaya… kita pon kena
rajin2 baca dan contohi kisah orang yang dah berjaya bukan??

 

don't bother