17 Tips Pengurusan Masa Untuk Ibu Yang Sibuk

17 Tips Pengurusan Masa Untuk Ibu Yang Sibuk

Pengurusan Masa Untuk Ibu Yang Sibuk
Tidak kira samada anda seorang FTWM, WAHM mahupun SAHM, perkataan ‘sibuk’ adalah lumrah dalam kehidupan seorang wanita bergelar isteri dan ibu. Anda memang tidak akan mampu lari daripada kesibukan ini. Adakalanya sehingga menjurus kepada masalah ‘stress’ dan ‘demotivated’.
Justeru, yang penting adalah bagaimana anda menguruskan kesibukan itu sehingga anda tampil ‘tidak sibuk’ dan ‘teratur’. Pengurusan masa adalah perkara crucial dalam hidup setiap individu. Pengurusan masa yang cemerlang hanyalah pada individu yang cemerlang. Kurangkan merungut, lebihkan
tindakan. Tidak ada siapa mampu melakukan semua kerja untuk anda seperti yang anda mahukan.
Jom baca sedikit tips daripada teman saya, Mommy Lyna, tentang pengurusan masa beliau sebagai seorang ibu dengan tiga orang anak lelaki, bekerjaya, melakukan pelbagai perniagaan online dan
offline, tetapi masih mampu trampil idola ramai ibu-ibu (khususnya geng bloggers).
  1. Buat jadual peribadi.
  2. Jauhkan diri dari memberi dan mencari alasan.
  3. Cut masa untuk bersenang-senang terlampau lama.
  4. Jadikan setiap masa adalah masa untuk berfikir.
  5. Sentiasa rasa ‘kalau tak buat sekarang nanti tak buat-buat dah’.
  6. Adakan masa untuk Tuhan, Tuhan akan ‘adakan’ masa untuk kita.
  7. Kurangkan masa untuk berbual-bual dan memikirkan perkara yang tidak berfaedah.
  8. Kurangkan masa untuk mengeluh, berharap kepada orang, membebel, merungut dan
    lain-lain perbuatan yang tidak mendatangkan apa-apa kecuali kecewa, letih dan penat.
  9. Sentiasa berusaha untuk challenge diri sendiri.
  10. Anggap setiap halangan yang datang adalah masa untuk berehat, misalnya waktu-waktu anak meragam, komputer rosak, telefon rosak dan sebagainya.
  11. Dapatkan rehat yang optimum, bukan rehat yang melampau.
  12. Bawa sekurang-kurangnya sebuah buku ke mana-mana agar masa yang terluang dapat diisi dengan membaca buku.
  13. Galakkan perbincangan yang berfaedah dengan orang terdekat, terutama pasangan.
  14. Tahu limitation yang kita ada. Kemudian, push to that limit.
  15. Jangan jadikan orang yang tak berjaya sebagai ‘demotivator’ untuk kita, sebaliknya lihat pada mereka yang sibuk dan berjaya mengurus masa mereka, then belajar dari mereka.
  16. Sentiasa berdoa agar diberi masa dan peluang untuk membuat kebaikan dan kebajikan.
  17. Katakan tiada masa pada perkara-perkara remeh-temeh.
InsyaALLAH. Sama2 kita amalkan tips2 di atas sebanyak mungkin.  Ganbatte minna!! Good luck!!
Credit to Mommy Lyna & Hadha
One Response
  1. Noriza Rahman 3 years ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.