Shaklee Offer

12 Tips Didik Anak Oleh Doktor Pakar

12 Tips Didik Anak Oleh Doktor Pakar Psychiatrist

Pagi ini sambil blogwalking kat blog Family Diary saya terjumpa tips menarik ni. 12 Tips Didik Anak Oleh Doktor Pakar Psychiatrist. Jadi saya nak kongsi dengan teman-teman yang singgah blog saya juga. Info best untuk kita sebagai ibubapa.

12 Tips Didik Anak Oleh Doktor Pakar

Perkongsian daripada Adlil Rajjah yang berjumpa Doktor Aw pula, seorang Doktor Pakar Psychiatrist di Klinik Peace of Mind, Kuala Lumpur. Sesuai untuk parents yang mempunyai anak berumur 0-3 tahun.

12 Tips Didik Anak Oleh Doktor Pakar Psychiatrist

#1 Seawal Usia 4 Tahun, Anak Dah Develop 80% Behavior Kekal.

Menurut kajian pakar mental kanak-kanak, at the age of 4, kids dah develop their permanent personality or behavior. Macam mana dia pada usia 4 tahun, macam tu lah behavior dia sampai ke tua.

Yes, mungkin it’s just a rough assumption. Dan yes, manusia boleh berubah atas faktor didikan, persekitaran, pengalaman dan sebagainya. But still ada certain behavior atau tabiat yang akan kekal. Kalau berubah pun, tak lama karang mesti datang balik.

Itu yang dipanggil tabiat, dan itu yang membentuk identiti seseorang. Contohnya, pemalu, panas baran, friendly, soft-spoken, pemarah, etc. Semua tu kalau ada pada budak usia 4 tahun, selalunya akan kekal sampai ke tua. Tapi, of course bila kita dah matang, dah mampu berfikir, some behaviors boleh dikawal.

So, didiklah anak menjadi orang yang se-mahmudah mungkin, sebelum dia berusia 4 tahun. Terapkan sebanyak mungkin unsur positif ke dalam diri dia. Tapi, bila dia dah 4 tahun, siapa-siapa pun dia ketika itu; Terima Hakikat.

Ingat, anak juga salah satu ujian Allah. Nak anak yang perfect 100%, memang tak logik. Kalau dah mak bapak pun asyik langgar traffic light merah, so jangan haraplah anak akan patuh 100% peraturan kita. Kita yang dah tua bangka ni pun selalu je tak ikut peraturan. Jangankan peraturan manusia, peraturan Tuhan pun banyak yang terbabas, kan?

So, terima anak seadanya. Dan, dalam masa yang sama, jangan jemu membimbing ke arah kebaikan.

Lagi satu, at the age of 4 juga, interaction with peer-group is important. Interaksi dengan rakan sebaya. Ini penting untuk didik anak tentang konsep Berkongsi dan Bertolak Ansur.

Supaya dia tahu, bumi ini bukan milik dia seorang. Bukan dia seorang sahaja superhero. Bukan dia seorang sahaja ironman. Bukan dia seorang sahaja Princess Elsa. Ada banyak lagi Princess Elsa. Wonderpet pun banyak -__-

child-holding-hand

 

#2 Positive & Negative Reinforcement.

Atau dalam bahasa mudah, reward and punishment. Nak bahasa lagi mudah, ganjaran dan hukuman.Ini penting. Every good or bad behavior kena ada positive and negative reinforcement. Ini langkah awal untuk menjadikan anak lebih mumayyiz. Tahu beza, mana baik mana buruk.

Senang cerita, kalau dia buat sesuatu yang baik, bagi positive reinforcement. Kalau dia buat sesuatu yang tak baik, bagi negative reinforcement. Salah satu cara positive reinforcement ialah Pujian. Contoh,

“Good boy Haikal, sebab kemas mainan lepas main.”
“Good boy Haikal, sebab tak kencing dalam pampers.”

Praise atau Pujian is the most effective positive reinforcement. And, it is a social approval. Contoh positive reinforcement lain adalah; tunjuk kasih sayang (peluk, cium, puji, etc), atau beri hadiah, makanan kegemaran, atau raikan mereka (especially for big achievements).

Ok, negative reinforcement pula adalah untuk bila anak buat sesuatu yang salah. Menurut Dr Aw, pukul atau rotan is one kind of punishment. But, it is NOT the most effective way.

Nak ajar budak tak semestinya dengan pukul. Dan budak tak semestinya ambil pengajaran, selepas kita pukul. The best way of punishment ada dua. Satu, scolding. Dua, withdraw of privilege.

Apa tu? Ok, let me explain dalam bahasa yang mudah.

Pertama, Scolding.

Marah. Marah yang berkesan adalah marah yang intense. Marah yang ada input. Bukan marah yang bodoh-bodoh maki anak je lebih tapi isi takde. Itu marah yang bangang nama dia.

Bila anak buat salah, first thing first, bagitahu anak apa kesalahan dia. Wujudkan satu ‘naughty corner’ atau ‘naughty chair’.

Suruh dia stand there for 1-3 minutes everytime dia buat kesalahan atau mengulangi kesalahan. Lantakkan dia di situ selama beberapa minit. For toddler, 3 minutes is the maximum. Dalam tempoh itu, jangan bercakap atau ada sebarang eye-contact dengan dia.

Totally ignore him/her.

Ignorance is the best punishment. Because most kids akan rasa insaf bila dia rasa macam tak disayangi lagi. InsyaAllah soon, dia akan beringat dan tak buat lagi.

Yang kedua, withdraw of privilege.

Tarik salah satu kelebihan yang kita bagi pada dia. Contoh,

“Sebab Haikal taknak kemas lego ni, mama terpaksa simpan semula lego ini atas almari. No lego for 3 days.”

Atau,

“Sebab Haikal taknak buat homework, petang ni tak boleh keluar main dengan kawan-kawan. Complete your homework first.”

Bila kita tarikh salah satu privilege yang ada, they will feel the rush to follow the instructions. Again, jadikan pukul/rotan pilihan terakhir kerana ia bukan cara yang paling efektif. Nabi pun izinkan kita pukul anak bila anak umur 7 tahun. Itupun pukul kat tapak kaki sahaja, kan?

punishmentwide-420x0_0

 

#3 Pre-Warning Is Necessary.

Sebelum apply apa-apa positive or negative reinforcement, amalkan ‘pre-warning’. To make our kids mentally ready to receive reinforcements. Contoh,

“Sekarang kita nak pergi Giant. Mama nak beli sayur. Kalau Haikal ternampak mainan, boleh tengok sahaja, dan tak boleh ambil. Kalau ambil juga, Mama akan marah, okay?”

Atau,

“Dalam kiraan tiga, kemas mainan tu. Kalau tak kemas jugak, Mama akan rampas semuanya. Dan Haikal tak boleh main lagi. Better kemas sekarang. Tiga.. Dua.. Satu.. ”

Atau,

“Sekarang waktu makan, so Haikal kena makan. Lepas ni kalau Haikal lapar, semua makanan dah simpan dan Mama takkan layan.”

Itulah beberapa contoh ‘pre-warning’. Dia macam amaran sebelum hukuman. Ini penting supaya anak tahu apa consequence setiap perbuatan dia. Kalau dia buat jugak, apa akan jadi.

35772E5072744D31BA3CE61F4CB319E5.ashx

 

#4 Always Keep Your Words. Things You Cannot Follow Through, DO NOT SAY.

Bila marah anak atau nak ‘pre-warning’ anak, jangan merepek dan cakap yang bukan-bukan. Macam,

“Kalau awak taknak makan, nanti Mama call polis. Suruh tangkap awak.”
“Kalau awak taknak kemas, Mama panggil Incredible Hulk suruh belasah awak.”
“Kalau awak kencing dalam seluar, nanti tikus datang gigit bebird awak.”

Merepek. Sumpah merepek. Lama-lama, anak akan lose respect dan tak percayakan ibu bapa dia lagi. Sebab apa yang parents dia cakapkan, tak pernah berlaku pun. Kan?

So, latih diri untuk pastikan semua yang keluar dari mulut kita, logik dan kita pasti buat. Contoh,

“Dalam kiraan tiga, kemas mainan tu. Kalau tak kemas jugak, Mama akan rampas semuanya dan Haikal tak boleh main lagi. Tiga.. Dua.. Satu..”

Selepas kiraan tiga, kalau dia tak buat jugak, yes tanpa berlengah kita rampas mainan seperti yang kita katakan tadi. Logik dan kita pasti buat. And when you say it, you must do it.

eid-al-fitr-au

 

#5 No Abstract or Lengthy Explanation For Kids Below 5. Explain Visually Instead.

Jangan guna perkataan abstract yang budak tak faham. Contoh,

“Jangan buat macam tu, berdosa!”
“Jangan pukul kawan, kesian dia.”
“Awak sebagai anak, kena hormat ibu dan ayah.”
“Masa belajar kena fokus dan fikir.”

Berdosa, hormat, kesian, fokus, fikir, etc. Itu semua perkataan yang terlalu abstrak. Budak takkan faham. Gunakan bahasa yang mereka boleh visualise. Contoh,

“Jangan pukul kawan. Nanti kawan sakit dan taknak main dengan kamu lagi.”
“Mama dan Papa lebih besar daripada awak. Mama dan Papa yang beri awak makan. Mama dan Papa yang selalu peluk dan sayang awak. Awak kena dengar cakap kami.”

Macam tu. Mereka akan lebih nampak the ‘logic’ dalam setiap perkara. Juga, avoid confusing explanation. Macam,

“Haikal! Kenapa pukul kawan? Meh sini mama nak pukul Haikal!”

Confusing. Aikk, aku pukul kawan tak boleh. Tapi, Mama pukul aku boleh? Hmm tak boleh pakai mak aku ni. Detak hati kecil si anak.

bad habit

 

#6 Kids Has No Sense Of Time.

Setiap positive dan negative reinforcement has to be immediate, right after the behavior. Jangan bertangguh. Contoh, bila anak berjaya kemas mainan. Puji right after dia kemas mainan. Bukan malam kang baru nak puji. Sebab anak tak boleh sense masa. Bila malam, dia akan lupa apa yang dia buat siang tadi. So, dia takkan faham pujian tu untuk apa. Maka, the reinforcement is not effective.

Kalau anak kencing seluar, punish right after kesalahan tu. Bukan malam kang, tetiba,

“Tadi kamu kencing seluar, malam ni tak payah makan.”

No ! Lama sangat masa untuk hukuman. Takkan efektif. Sedangkan anak dah hadam kesalahan dia tadi, dan tengah berusaha untuk tidak kencing lagi. Tapi, tiba-tiba mak bapak tak habis-habis nak punish dia lagi atas kesalahan yang dah lama. Anak akan build ‘hatred’ terhadap parents secara perlahan-lahan.

So, jangan. Dan setiap kesalahan anak, tak perlu ungkit. Contoh, bila Papa dia balik kerja, Mama nya terus report,

“Papa, pagi tadi Haikal lawan cakap Mama.”

Terus Papa dia ambil rotan dan hukum anak tersebut. Sedangkan dah beberapa jam berlalu. Anak sudah elok main dah behave. Tiba-tiba Papa datang nak marah. They won’t get the message.

ls_timeperception_free

Ingat, kids takde sense of time. Nak puji, puji right after good behavior. Nak hukum, hukum right after bad behavior. Selepas puji, selepas hukum; dah. Habis di situ dan jangan ungkit lagi.

Tak kisah la berapa kali anak akan ulang kesalahan yang sama. Still parents tak boleh ungkit. Bare in mind, kids are learning. Buat salah itu biasa. 400 kali kena marah pun belum tentu dia orang dapat. Itu biasa.


Semoga tips didik anak diatas berguna untuk semua. Selamat beramal.